Most of the interpreters have difficulty in finding out the most accurate derivation of Arabic translation equivalent to the translated verb in Malay. This is because of failure to determine the function of translated derivation of the verb. This study is undertaken to examine the most accurate equivalent function of derivation word تـَفـَاعَـلَ (tafā‘ala) in surah al-Baqarah. The objective of this study was to examine how Malay Arabic translation can be translated correctly when the prefix ت (ta’) was added in front of a verb and insertion of ا (alif) was added after the first letter of the root word. Five research samples taken from surah al-Baqarah were studied by using contrastive analysis and content theory. The findings showed that the four samples interpreted according to the derivation translation function with the suffix تـَفـَاعَـلَ (tafā’ala) added, were translated correctly. While, the other sample was suggested with another translation. This study found all affixes of the samples meant المشاركة (al-mushārakah). In conclusion, translation is seen to be successful because it is translated correctly although there is little modification made with the aim of making the translation more natural in the context of the verse. ABSTRAK Ramai dalam kalangan penterjemah menghadapi kesukaran untuk mencari padanan terjemahan derivasi atau kata kerja berimbuhan Arab yang paling tepat ke dalam bahasa Melayu. Ini disebabkan kegagalan untuk menentukan fungsi terjemahan derivasi sesuatu kata kerja. Makalah ini memberikan tumpuan kepada fungsi terjemahan derivasi تـَفـَاعَـلَ (tafā’ala) yang sepadan dalam surah al-Baqarah. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana penterjemahan Arab Melayu ini dapat dilakukan dengan baik terhadap kata akar yang dimasuki oleh kata imbuhan awalan ت (ta’) pada hadapan sesuatu kata kerja dan imbuhan sisipan ا (alif) selepas huruf pertama kata akarnya. Sebanyak lima sampel yang ditemui dalam surah al-Baqarah dikaji menggunakan analisis kontrastif dan teori konteks. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa empat sampel diterjemahkan mengikut padanan fungsi terjemahan derivasi تـَفـَاعَـلَ (tafā’ala) dengan baik. Manakala baki yang satu sampel lagi disertakan dengan cadangan terjemahan yang lain. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa kesemua fungsi kata imbuhan tersebut membawa maksud المشاركة (al-mushārakah). Kesimpulannya, penterjemahan dilihat berjaya kerana dilakukan dengan baik dan difahami, walau pun terdapat sedikit pengubahsuaian yang dilakukan bermatlamat menjadikan terjemahan lebih berbentuk natural sesuai dengan konteks ayat.
CITATION STYLE
Abdul Manaf, M. F., Shamsul Kamar, M. Z., Mohamad, M. R., & Hussin, Md. N. (2020). Kesepadanan Fungsi Terjemahan Derivasi Tafā‘ala dalam Surah al-Baqarah. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(1), 211–225. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v5i1.79
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.