Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) kini menjadi salah satu elemen penting dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) di sekolah dalam Malaysia. Guru-guru diperlengkapkan dengan kaedah PdPc ini seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPMM) 2013-2025 dengan menekankan kepada penyelesaian masalah. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan, sikap dan kemahiran PBM dalam kalangan guru Geografi di daerah Dungun, Terengganu. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel kajian adalah 59 orang guru Geografi dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis yang digunakan adalah deskriptif, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuaniaitu tahap sederhana, sikapdan kemahiran berada pada tahap tinggi. Keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru Geografi terhadap PBM berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara pemboleh ubah pengetahuan dengan sikap,sikap dengan kemahiran, pengetahuan dengan kemahiran. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tetapi tahap sikap dan kemahiran yang tinggi terhadap PBM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil kira dapatan daripadakajian ini dalam merangka pembangunan literasi PBM untuk semua mata pelajaran
CITATION STYLE
Nayan, N. … Samsuddin, H. (2023). Literasi pembelajaran berasaskan masalah dalam kalangan guru Geografi di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 19(3). https://doi.org/10.17576/geo-2023-1903-16
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.