Abstract: This article aims to identify the evaluation of the teaching implementation of primary school Islamic education teachers integrating Higher Order Thinking Skills (HOTS). This study involved Islamic education teachers in the state of Terengganu. High -level thinking components such as contrast skills, sequencing skills, prediction skills, definition making skills and analogy creating skills are analyzed in the five main components of teacher teaching evaluation namely content delivery, implementation of questioning methods, enrichment methods, recovery methods and resource utilization. education. This study uses descriptive analysis (through a questionnaire instrument). All these data collection instruments were built by researchers with modifications from the HOTS instrument of the Ministry of Education Malaysia and the experts involved and their content was confirmed by an expert reference panel. The level of Cronbach's alpha reliability value obtained is high that is between (0.82173). A total of 402 GPIs were selected at simple random to answer the questionnaire instrument. Study data were analyzed descriptively using frequency and percentage of mean. Overall, the results of the study found that the evaluation of teacher teaching implementation based on high -level thinking skills is at a high level through the mean for the whole (4.43) and based on the teaching practice component consisting of the delivery of teaching content that recorded a mean (4.45), the implementation of questioning method recorded a mean (4.44), the implementation of enrichment methods recorded a mean (4.40), the implementation of rehabilitation methods recorded a mean (4.01) and the use of educational resources recorded a mean (4.12). The implications and recommendations presented provide a beneficial picture to the ministry, schools, teachers and the community to improve the level of teaching implementation based on high-level thinking concept skills (HOTS) as intended through the Education Development Plan 2013-2025. Keywords: Evaluation of teaching implementation, Islamic Education teachers, HOTS Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian pelaksanaan pengajaran guru pendidikan Islam sekolah rendah mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam di negeri Terengganu. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta anologi yang dianalisis dalam lima komponen utama penilaian pengajaran guru iaitu penyampaian isi pengajaram, pelaksanaan kaedah penyoalan, kaedah pengayaan, kaedah pemulihan dan penggunaan sumber pendidikan. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 402 orang GPI dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati penilaian pelaksanaan pengajaran guru berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan berdasarkan komponen amalan pengajaran yang terdiri daripada penyampaian isi pengajaran yang mencatatkan min (4.45), pelaksanaan kaedah penyoalan mencatatkan min (4.44), pelaksanaan kaedah pengayaan mencatatkan min (4.40), pelaksanaan kaedah pemulihan yang mencatatkan min (4.01) dan penggunaan sumber pendidikan yang mencatatkan min (4.12). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat untuk mempertingkatkan tahap pelaksanaan pengajaran berdasarkan kemahiran konsep berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Kata Kunci : Penilaian pelaksanaan pengajaran, guru Pendidikan Islam, KBAT
CITATION STYLE
Othman, M. S., & Mohd Jamil, M. R. (2021). PENILAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI): MENGINTEGRASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI NEGERI TERENGGANU, MALAYSIA. Asian People Journal (APJ), 4(2), 16–28. https://doi.org/10.37231/apj.2021.4.2.280
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.