Pelancongan-budaya di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua iaitu penawaran dan permintaan. Dalam penawaran, ianya boleh didefinisikan sebagai pelancongan yang dicirikan oleh penawaran restoran atau kedai makan, pusat-pusat tarikan pelancong dan institusi budaya, dan pembuatan dan penjualan cenderamata. Manakala permintaan pula, ianya dapat didefinisikan sebagai pelancongan yang dicirikan oleh kecenderungan untuk “keseronokan, kebudayaan, agama, melawat kawan atau saudara-mara, pengajian atau penyelidikan, dan apa-apa maksud lain yang tidak berhubungan dengan suatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati itu.” Kajian ini mengupas lebih terperinci dan mendalam tentang pelancongan budaya yang amat menitik-beratkan tentang kraf, batik, makanan, seni persembahan, seni bina, dan pesta, yang juga menjadi penting dalam penjanaan ekonomi kepada negara.
CITATION STYLE
Zakaria, Z., & Hua, A. K. (2022). Sifat dan Konsumsi Budaya Melayu dalam Pelancongan Malaysia: Satu Kajian Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001970. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1970
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.