Kesan Penggunaan Sumber-Sumber Sejarah Berdasarkan Model Motivasi ARCS Terhadap Peningkatan Motivasi Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat

  • Kaviza M
N/ACitations
Citations of this article
32Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap peningkatan motivasi dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Dalam kajian ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah berasaskan penggunaan sumber-sumber sejarah telah direka bentuk berdasarkan Model Motivasi ARCS (Keller, 1983; 1986) sebagai intervensi. Reka bentuk Pra-eksperimen iaitu Ujian Pra-Ujian Pasca Satu Kumpulan telah digunakan dalam kajian ini. Kesan penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap motivasi diukur dalam ujian pra dan ujian pasca. Seramai 55 orang murid yang ditentukan dengan menggunakan teknik persampelan cluster terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Soal selidik Instructional Material Motivation Survey yang telah diadaptasi telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sumber-sumber sejarah memberi kesan peningkatan kepada motivasi dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini adalah dalam mengintegrasikan penggunaan sumber-sumber sejarah sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan murid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M. (2020). Kesan Penggunaan Sumber-Sumber Sejarah Berdasarkan Model Motivasi ARCS Terhadap Peningkatan Motivasi Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 136–145. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i7.923

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free