Kajian ini memfokuskan kepada keserasian lafaz gaya bahasa jinās dalam kitab al-Hikam al-‘Ata’iyyah. Kitab tersebut dilihat sebagai sebuah karya dakwah yang mempunyai aspek keindahan bahasa dan ketinggian sastera. Justeru, kajian ini menjelaskan nilai estetika gaya bahasa jinās dari sudut keserasian lafaz. Kajian ini dibincangkan dengan menggunakan pendekatan Ali al-Jundi yang meletakkan keserasian lafaz sebagai salah satu daripada kriteria nilai estetika jinās. Hasil kajian membuktikan bahawa penulisan dakwah Syeikh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari mempunyai hikmah yang bersifat rabbani dan banyak dipengaruhi oleh kesenian balaghah Arab yang amat tinggi.
CITATION STYLE
Mhd Ramli, M. F., Othman, M. S., & Hajimaming@Toklubok, P. (2015). Keserasian lafaz gaya bahasa Jinas dalam Kitab Al-Hikam Al-‘Ata’iyyah: Kajian nilai estetika. Issues in Language Studies, 4(2). https://doi.org/10.33736/ils.1648.2015
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.