Wakaf pendidikan tinggi penting bagi membiayai pendidikan pelajar yang kurang mampu untuk meneruskan pengajian serta membiayai perbelanjaan pengurusan universiti. Pada masa kini, wakaf pendidikan tinggi menjadi topik utama Kementerian Pengajian Tinggi sebagai suatu mekanisme pembiayaan perbelanjaan mengurus universiti tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menggunakan wakaf sebagai salah satu mekanisme penjanaan aset untuk menjalankan operasinya dengan mengambil Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai model kajian. Kajian menggunakan metode kajian perpustakaan dan lapangan untuk mendapatkan data primer dan sekunder. Kajian lapangan menggunakan instrument temubual dengan responden yang terlibat secara langsung dengan pengurusan tertinggi Universiti Islam Malaysia (UIM). Dapatan kajian menunjukkan Universiti Islam Malaysia (UIM) berjaya menjadikan wakaf sebagai aset penjanaan pendapatan dalam operasinya bagi melestarikan pendidikan tinggi di Malaysia. UIM menguruskan dana wakaf melalui hasil sewaan, sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan badan korporat. Justeru, pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi yang dilaksanakan di Universiti Islam Malaysia (UIM) boleh dijadikan sebagai model kepada institusi pendidikan lain dalam usaha membangunkan harta wakaf serta menjana pendapatan demi kelestarian wakaf pendidikan di Malaysia.
CITATION STYLE
Alias, B., Ab Hamid, M. H., Sayin, B., Mat Rani, M. A., & Bhari, A. (2020). Wakaf Pendidikan Tinggi Sebagai Sumber Penjanaan Dana Dalam Kerangka Ekonomi Islam Di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Studies, 4(1), 17–28. https://doi.org/10.24191/jcis.v4i1.17
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.