Prinsip pembelajaran mentalis dalam pengajaran dan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah

  • Geraman C
  • Wahid A
N/ACitations
Citations of this article
51Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan prinsip pembelajaran mentalis dalam pengajaran dan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu sekolah menengah. Kajian dijalankan secara kualititatif di tiga buah sekolah menengah di sekitar Kuching, Sarawak, melibatkan kaedah soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian kualititatif skala likert dan juga Cohen’s Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa prinsip pembelajaran mentalis ini memberi kesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu malah dapat mempengaruhi karakter pelajar agar berfikir secara kritis. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar Kesusasteraan Melayu dapat memahami perkara yang dipelajari oleh mereka semasa pembelajaran di dalam kelas dengan mengaplikasikan prinsip pembelajaran mentalis dalam Kesusasteraan Melayu. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana prinsip pembelajaran mentalis ini dapat mempengaruhi pelajar untuk mempelajari Kesusasteraan Melayu malah memberi gambaran akan kepentingan dalam mempelajari Kesusasteraan Melayu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Geraman, C. L., & Wahid, A. (2019). Prinsip pembelajaran mentalis dalam pengajaran dan pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Peradaban Melayu, 14, 22–34. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol14.3.2019

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free