Cabaran Pembelajaran dan Sokongan yang Diperlukan oleh Murid Tahfiz di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terpilih di Malaysia

  • Mohd Fakhruddin F
  • Mohd Ayub A
  • Che Hassan N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
38Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tahfiz  learning is a  form of difficult and challenging learning especially in the  context of secondary tahfiz education that is offered together with the main stream curriculum, Standard Based Curriculum for  Secondary  Schools  (KSSM).   This  study  was  conducted  to  explore  forms  of  challenges  and support  needed  by  tahfiz  students  at  selected  government-funded  religious  schools  in  Malaysia.    A qualitative approach is used to answer the research questions that are based on in-depth exploration on challenges  and  support  needed  by  tahfiz  students.    Purposive  sampling  technique  was  used to  select participants who have attended tahfiz learning at least three years.  Individual semi structured in-depth interviews  were  conducted  with participants  consisted  11  students.    Findings also showed  that there are  several  challenges  faced  by  the  students;  home  environment,  difficulty  in  memorization,  gadgets and  peer  challenges.    Further  findings  showed  that  support  needed  by  the  students  are  teachers, parents,  peers  and  school’s  support.   This  study  provides  important  implications  that  support  is  a significant aspect of tahfiz students so that they can handle learning challenges. Abstrak Pembelajaran tahfiz ialah satu bentuk pembelajaran yang agak sukar dan mencabar terutama dalam konteks pendidikan  tahfiz  menengah yang ditawarkan bersama-sama dengan kurikulum arus perdana iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).  Kajian ini dijalankan bagi meneroka bentuk cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz yang berada di sekolah agama bantuan kerajaan terpilih di Malaysia.  Pendekatan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang ditentukan iaitu berkisar kepada penerokaan secara mendalam terhadap cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz.  Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang terdiri daripada murid  yang telah mengikuti pembelajaran tahfiz  sekurang-kurangnya tiga tahun.  Temu bual mendalam secara individu dijalankan terhadap peserta kajian yang melibatkan 11 orang murid tahfiz.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi murid iaitu cabaran persekitaran rumah, cabaran kesukaran menghafaz, cabaran gajet dan cabaran rakan sebaya.  Seterusnya dapatan menunjukkan terdapat beberapa sokongan yang diperlukan murid iaitu sokongan guru, ibu bapa, rakan dan sekolah.  Kajian ini memberi implikasi penting bahawa sokongan adalah aspek yang signifikan kepada murid tahfiz agar mereka mampu menghadapi cabaran pembelajaran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Fakhruddin, F., Mohd Ayub, A. F., Che Hassan, N., Wan Jaafar, W. M., & Abd Mutalib, L. (2019). Cabaran Pembelajaran dan Sokongan yang Diperlukan oleh Murid Tahfiz di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terpilih di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 3(2), 35–45. https://doi.org/10.33102/jqss.vol3no2.51

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free