Tahap Penguasaan Ilmu Nahu Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab

  • Abdul Rahman A
  • Zulkifli M
  • Hashimee M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tahap pengetahuan dan penguasaan guru dalam sesuatu bidang pengajaran dinilai berdasarkan kompetensi. Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran generik, kemahiran asas, kemahiran utama, dan kemahiran personal yang merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang menjadi asas kepada tugasan atau prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan merentasi semua bidang. Dalam senario pendidikan Malaysia, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru, iaitu berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam konteks guru bahasa Arab, kompetensi yang paling penting adalah penguasaan bahasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kompetensi guru bahasa Arab dari aspek nahu bahasa Arab, dan mengenal pasti tajuk nahu yang menjadi kesukaran dalam kalangan guru bahasa Arab di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Malaysia. Kajian ini melibatkan 218 guru bahasa Arab di SABK meliputi empat zon iaitu zon Utara, Timur, Selatan dan Tengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen satu set soalan ujian kompetensi guru bahasa Arab yang diadaptasi dan dibangunkan berdasarkan kriteria guru bahasa Arab yang telah dikeluarkan dan diguna pakai oleh National Center for Assessment in Higher Education, Saudi Arabia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru bahasa Arab di SABK berada pada tahap baik dengan min peratus 82% manakala tajuk Nahu yang paling menjadi kesukaran kepada para responden adalah tajuk المنصوبات. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir kajian bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan tahap kompetensi Nahu bagi guru bahasa Arab di SABK sebagai pelaksana Kurikulum Bersepadu Dini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Rahman, A., Zulkifli, M. S., Hashimee, M., Wazir, A., Sayed, M., & Mansor, N. (2020). Tahap Penguasaan Ilmu Nahu Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 2(2), 102–116. https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i2.53

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free