Penularan Covid-19 telah merebak ke seluruh dunia. Fenomena ini mengakibatkan kepanikan luar biasa dan menjadi perhatian di peringkat kebangsaan mahupun global. Jangkitan Covid-19 berlaku melalui tetesan air liur, permukaan tercemar mahupun sentuhan manusia kepada manusia telah mengakibatkan sindrom pernafasan akut menyebabkan kematian. Golongan warga tua merupakan kumpulan umur rentan terhadap Covid-19. Oleh itu tempoh isolasi mandiri dalam tempoh 2-14 hari dikenakan kepada orang yang mempunyai riwayat kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Penjagaan kebersihan diri melalui control kesihatan pada tahap tinggi, kerap membasuh tangan, elakkan daripada bersalaman, halangan daripada keluar rumah serta memakai pelitup muka mahupun penutupan sempadan negara antara tatacara efektif untuk mengawal penyebaran virus. Kajian ini mengulas literatur mengenai maklumat pandemik penyakit mematikan zaman silam, rawatan dan tatacara persedian menghadapi pandemik Covid-19. Tatacara persediaan, protokol kesihatan dan keselariannya dengan literatur sumber rujukan Islam dibincangkan dalam kajian ini.
CITATION STYLE
Ismail, F. H., Masruri, M., Kirin, A., Borham, A. S., Sharifuddin, A., & Muzana, Z. (2021). Pencegahan Penularan Covid-19: Analisis Persediaan Menurut Islam. Al Hikmah International Journal of Islamic Studies and Human Sciences, 4(3), 55–75. https://doi.org/10.46722/hkmh.4.3.21d
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.