Tujuan kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan aplikasi pembelajaran berasaskan android bagi subtopik Asas Pemilihan Pakaian berdasarkan teori ADDIE dan mendapatkan pengesahan daripada pakar, berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti sebelumnya iaitu berkaitan keperluan penggunaan teknologi dalam pembelajaran berbanding pembelajaran secara konventional. Pengumpulan data akan dijalankan melalui kaedah temu bual bersama responden. Kaedah temu bual yang dijalankan adalah temu bual secara mendalam. Seramai tiga orang responden telah dipilih dengan teliti iaitu dari kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman 10 tahun ke atas serta kaitan yang dimiliki oleh responden-responden tersebut terhadap mata pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dan juga dalam bidang yang berkaitan dengan multimedia. Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada daripada dapatan hasil temu bual akan di analisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Reka Bentuk penyelidikan yang digunakan ialah Pembangunan Produk. Manakala, proses pembangunan yang digunakan adalah dengan merujuk model ADDIE: iaitu (i) Analisis (Analysis), (ii) Reka Bentuk (Design), (iii) Pembangunan (Development), (iv) Pelaksanaan (Implementation), dan (v) Penilaian (Evaluation) dengan mengambil kira aspek seperti isi kandungan dan juga elemen antara muka aplikasi mudah alih yang dikaji berdasarkan Teori ADDIE tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa isi kandungan dan juga elemen antara muka aplikasi mudah alih ini telah mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan pada mula aplikasi Pemilihan Pakaian ini hendak dibangunkan. Pembangunan aplikasi ini dapat memberi nilai tambah bagi topik Asas Pemilihan Pakaian mata pelajaran SRT Tingkatan 4 kerana boleh dicapai melalui Google Playstore. Oleh itu, kajian ini mampu memberikan manfaat kepada pengguna aplikasi ini dan juga mampu memberikan manfaatnya dalam dunia pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4.
CITATION STYLE
Tamrin, R., & Azman, M. N. A. (2021). Pembangunan Aplikasi Berasaskan Android Bagi Sub Topik Asas Pemilihan Pakaian Mata Pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4. Asian Pendidikan, 1(1), 28–36. https://doi.org/10.53797/aspen.v1i1.4.2021
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.