Mayapada, dunia semakin moden dengan kehadiran sains dan teknologi. Permasalahan kajian dilihat berkait rapat dengan isu perkembangan teknologi dalam bidang perubatan ini, iaitu sama ada ia mendatangkan manfaat atau mudarat kepada seseorang pesakit. Maka, wujud tiga persoalan daripada permasalahan ini. Pertama, adakah teknologi dalam bidang perubatan memberikan manfaat? Kedua, adakah eutanasia dibenarkan menurut undang-undang dan etika perubatan? Ketiga, adakah pesakit berhak untuk memberikan keizinan terhadap rawatan perubatan? Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis sejauh manakah eutanasia dari sudut undang-undang dan etika perubatan dibenarkan. Selain itu, kelima-lima jenis eutanasia akan dibincangkan bagi meneliti fungsi dan tujuannya secara tuntas. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menyoroti literatur dari dalam dan luar negara berpandukan sumber primer dan sekunder yang membincangkan isu eutanasia. Hasil dapatan daripada penulisan ini menunjukkan wujud kekaburan dari segi undang-undang dan etika perubatan di Malaysia. Intihanya, penulisan ini mencadangkan terdapat keperluan berkaitan mekanisme yang lebih jelas dari aspek undang-undang dan etika perubatan berkaitan eutanasia di Malaysia.
CITATION STYLE
Hisham, A.-I. B., Mohd Zahir, M. Z., & Rajamanickam, R. (2022). Analisis Isu berkaitan Eutanasia dari Sudut Undang-undang dan Etika Perubatan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001985. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1985
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.