Pemupukan Pendidikan Keusahawanan dalam diri Kanak-kanak Melalui Aktiviti Bermain di Tadika: Satu Tinjauan Literatur

  • Janius N
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Memperkenalkan pendidikan dan nilai keusahawanan sejak kecil merupakan salah satu usaha terpenting dalam membentuk watak generasi akan datang, terutamanya kanak-kanak yang akan tumbuh dewasa. Pembelajaran keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak lebih menjurus kepada didikan tingkah laku dan mental kanak-kanak bagi membentuk perwatakan kanak-kanak yang mantap seperti kreatif, berdisiplin, kritis, mampu menyelesaikan masalah, mampu berkomunikasi, menghargai masa, mengawal diri, dan sebagainya. Dalam pembelajaran pendidikan keusahawanan di peringkat awal, ianya bukan sahaja usaha pembentukan kognitif dengan memaklumkan kanak- kanak tentang definisi, faedah, dan cara keusahawanan tetapi juga dapat mengintegrasikannya melalui tema dalam kurikulum yang digunakan. Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faedah pelaksanaan pendidikan keusahawanan terhadap kanak-kanak, untuk mengenalpasti jenis aktiviti pengajaran sambil bermain yang boleh digunakan untuk memupuk keusahawanan dalam diri kanak-kanak serta untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sambil bermain terhadap pemupukan pendidikan keusahawanan dalam diri kanak-kanak yang diharap mampu membentuk dan melahirkan kanak-kanak yang berkualiti dan menjadi model penting kepada guru, masyarakat dan negara amnya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Janius, N. (2023). Pemupukan Pendidikan Keusahawanan dalam diri Kanak-kanak Melalui Aktiviti Bermain di Tadika: Satu Tinjauan Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002306. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2306

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free