TAHAP EFIKASI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN SEKOLAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH BACHOK

  • Binti Mohd A
  • Binti Mohd Nawawi A
  • Binti Ismail D
N/ACitations
Citations of this article
277Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang hubungan tahap efikasi guru dengan pencapaian sekolah.  Dalam konteks kajian ini, fokus utama melibatkan dua dimensi efikasi iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar.  Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan kepada 375 orang responden di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Bachok.  Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS  Versi 22.  Item statistik yang digunakan untuk analisis data termasuk Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan  Korelasi Pearson. Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan nilai min skor yang tinggi bagi efikasi guru.  Efikasi kendiri guru menunjukkan nilai min skor yang lebih tingi iaitu 4.03 berbanding efikasi mengajar.  Satu kajian korelasi juga telah dijalankan  bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua dimensi efikasi ini dengan pencapaian sekolah.  Kajian yang dijalankan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.07, p > 0.05) antara efikasi guru dengan pencapaian sekolah.  Bagi dimensi efikasi mengajar, keputusan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan negatif yang sangat lemah namun signifikan antara efikasi mengajar dengan pencapaian sekolah.  Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa efikasi guru turut mempengaruhi pencapaian sekolah namun masih terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Binti Mohd, A., Binti Mohd Nawawi, A., & Binti Ismail, D. S. N. (2016). TAHAP EFIKASI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN SEKOLAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH BACHOK. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.500

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free