IMPAK E-SUKAN TERHADAP MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

  • Yusoff N
  • Mohd Nabil N
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

E-sukan kian mendapat perhatian dan menjadi pilihan kerjaya pada golongan belia masa kini. Penglibatan di dalam e-sukan sememangnya memberikan pelbagai impak baik positif atau negatif terhadap belia yang terlibat. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada impak yang diterima oleh mahasiswa UKM melalui e-sukan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan bagi memperoleh data dan maklumat kajian. Kaedah menggunakan borang soal selidik melalui platform Google Form dan menganalisis data menggunakan perisian SPSS merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian. Seramai 40 orang responden telah menjawab soal selidik. Hasil kajian mendapati terdapat faktor ingin mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan hubungan sosial, mendapatkan pengalaman baru dan juga minat yang mendalam dan memperoleh kenalan baru menjadi penyebab utama mereka terlibat di dalam e-sukan. Antara impak positif yang diterima ialah memiliki kemahiran membuat keputusan manakala bagi impak negatif pula ialah tidak mempunyai masa tidur yang stabil, tidak dapat menguruskan masa dengan betul dan stress serta tertekan kerana tidak mencapai matlamat mereka melibatkan diri dalam bidang e-sukan. Kesimpulannya, banyak faktor yang mendorong mahasiswa UKM melibatkan diri dalam e-sukan. Walaubagaimanapun, dapatan utama kajian ini adalah impak positif dan negatif terhadap tingkah laku mereka apabila mereka melibatkan diri dengan e-sukan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yusoff, N. H., & Mohd Nabil, N. (2022). IMPAK E-SUKAN TERHADAP MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM). E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 19(7). https://doi.org/10.17576/ebangi.2022.1907.22

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free