Cabaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran rumah (PdPR) semasa pandemik Covid-19 adalah murid kurang terlibat secara aktif semasa kelas. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran fasilitasi guru menerusi penyoalan dan keberkesanan breakouts room dalam aplikasi Zoom dalam meningkatkan penglibatan murid. Kajian ini menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL) daripada Pendidikan Matematik Berasaskan Inkuiri (IBME). Kajian ini memfokuskan sejauh mana kemahiran fasilitasi guru menerusi penyoalan dan aplikasi breakouts room dapat meningkatkan penglibatan murid semasa kelas dalam talian. Topik Asas Nombor daripada silibus Matematik tingkatan empat dipilih untuk kajian ini. Kajian berasaskan kajian tindakan ini melibatkan 11 orang murid tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Perak dan 2 orang responden daripada kumpulan rakan kritikal. Borang penilaian video pengajaran, rakaman video pengajaran dan hasil kerja murid dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran fasilitasi guru menerusi penyoalan KBAT yang baik dan aplikasi breakouts room dalam Zoom bagi kaedah PBL terbukti dapat meningkatkan penglibatan murid semasa kelas dalam talian.
CITATION STYLE
Ali, S., Suppiah Shanmugam, S. K., & Kamaludin, F. A. (2021). KEBERKESANAN KEMAHIRAN FASILITASI GURU DAN BREAKOUTS ROOM BAGI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DALAM MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID SEMASA KELAS MATEMATIK DALAM TALIAN. Practitioner Research, 3, 191–210. https://doi.org/10.32890/prr2021.3.10
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.