Pengenalpastian Corak Taburan Penyakit Tuberkulosis Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Mukah, Sarawak

  • Eboy O
  • Hong K
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyakit tuberculosis merupakan salah satu penyakit berjangkit yang boleh disebar melalui udara. Ia dijangkit oleh bakteria Mycobacterium apabila seseorang individu bersin atau batuk. Penyakit ini boleh sembuh dengan mengikuti rawatan yang telah dijalankan dengan mengambil tempoh masa yang panjang. Sistem survelan penting dalam pengawalan dan pencegahan penyakit tuberkulosis dengan mengaplikasikan GIS ke dalam bidang kesihatan. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak taburan tuberkulosis di daerah Mukah. Kajian ini melibatkan tiga teknik analisis GIS iaitu analisis Mean Center, analisis Hot Spot dan analisis Moran’I. Kajian ini melibatkan data tuberkulosis tahun 2017 bagi kawasan daerah Mukah. Hasil kajian ini mendapati bahawa kes tuberkulosis bagi golongan lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan golongan perempuan. Sehubungan dengan itu, berdasarkan taburan tuberkulosis mendapati bahawa kes tuberkulosis adalah tinggi di kawasan bandar berbanding di luar bandar Mukah. Analisis mean center telah menunjukkan pusat purata terletak kawasan pinggir bandar. Taburan bagi penyakit ini adalah bersifat rawak. Kawasan titik panas terletak berhampiran dengan bandar Mukah. Hasil paparan daripada teknik analisis GIS menunjukkan bahawa ia adalah penting sebagai salah satu tindakan kepada pakar perancang dalam menentukan aktiviti pencegahan penyakit tuberkulosis di daerah Mukah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Eboy, O. V., & Hong, K. S. (2022). Pengenalpastian Corak Taburan Penyakit Tuberkulosis Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Mukah, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 192–203. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i1.1256

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free