Pengintegrasian nilai-nilai agama dengan komponen alam sekitar dalam sistem pendidikan di sekolah merupakan antara penyumbang terhadap pembangunan masyarakat lestari. Seseorang individu bukan sahaja dibangunkan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap positif terhadap alam sekitar, bahkan usaha tersebut perlu diperkukuhkan dengan penerapan nilai-nilai ketuhanan agar memahami fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah. Justeru, Artikel ini mengetengahkan idea konseptual mengenai aplikasi pendekatan integrasi kurikulum holistik terhadap pengintegrasian pendidikan alam sekitar dengan pendidikan Islam di sekolah. Hasil analisis memaparkan bahawa pendekatan integrasi kurikulum secara teknikal yang dibawa oleh Robin Fogarty adalah menepati prinsip dan roh Islam dalam menyepadukan pelbagai ilmu dalam sistem pendidikan di sekolah. Nilai eko-etika Islam dilihat bukan sahaja dapat diketengahkan secara komprehensif bahkan bersepadu dengan elemen saintifik dan disiplin ilmu lain berdasarkan adaptasi pendekatan tersebut. Cadangan adaptasi model ini diharapkan dapat membantu para guru dalam membangunkan pengetahuan kandungan pedagogi integrasi kurikulum di sekolah sama ada secara formal mahupun tidak formal.
CITATION STYLE
Rekan, A. A., Tengku Kasim, T. S. A., & Md Yusoff, Y. (2016). Pengintegrasian Pendidikan Islam dengan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Analisis Terhadap Adaptasi Pendekatan Integrasi Kurikulum Holistik. Journal of Usuluddin, 44(1), 117–140. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.5
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.