Analisis Keperluan: Pembangunan Modul DrawMe (DM) dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Berayat Sekolah Rendah

  • Mohamad E
  • Abd Karim A
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kemahiran menyelesaikan matematik berayat merupkan subtopik yang penting dalam Matematik. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti kriteria yang diperlukan dalam membina modul pengajaran bagi menyelesaikan masalah matematik berayat berasaskan strategi pembelajaran melukis gambar rajah (visual). Dalam kajian in, pengkaji lebih memfokuskan kepada fasa yang pertama iaitu fasa analisis keperluan. Pengkaji menggunakan Analisis dokumen ke atas tugasan pelajar dan temu bual ke atas 5 orang pelajar serta 3 orang guru. Data berbentuk kualitatif dikumpulkan, di kategori dan dianalisis bagi mengenal pasti tema serta bermakna terhadap data yang diperoleh. Manakala tugasan pelajar tahun 2 dianalisis bagi mengenal pasti faktor yang menjadi penyebab masalah tersebut. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran konvensional iaitu berpusat kepada guru masih lagi menjadi amalan. Kemahiran menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai memerlukan latihan dan bimbingan daripada guru. Kriteria-kriteria dalam aspek kandungan, aktiviti, bahan dan pentaksiran perlu diambil kira dalam membangunkan modul DrawMe (DM) agar dapat membantu meningkatkan kemahiran murid untuk menyelesaikan masalah matematik berayat dalam operasi bahagi dengan baik. Implikasinya, kajian ini dapat memberikan maklumat kepada warga guru untuk merancang aktiviti pengajaran serta boleh menjadi rujukan dalam fasa seterusnya bagi pembinaan modul pengajaran dalam aspek bahan pengajaran dan sumber.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad, E. A., & Abd Karim, A. (2023). Analisis Keperluan: Pembangunan Modul DrawMe (DM) dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Berayat Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(3), e002151. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i3.2151

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free