Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aktiviti fizikal dan keseronokan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 124 orang murid daripada 3 buah sekolah yang terletak di daerah Sungai Buloh (Selangor), Banting (Selangor) dan Kota Belud (Sabah). Instrumen soal selidik Physical Activity for Children Questionnaire (PAQ-C) dan Physical Activiti Enjoyment Scales (PACES) digunakan bagi mengukur tahap aktiviti fizikal dan keseronokan. Analisis deskriptif, analisis inferens Ujian-t, ANOVA dan regresi digunakan untuk mengenal pasti tahap aktiviti fizikal dan keseronokan serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Hasil kajian mendapati bahawa tahap aktiviti fizikal pelajar adalah pada tahap sederhana (min=2.60). Manakala tahap keseronokan murid secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi (min = 4.42). Hasil analisis turut mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan (p = 0.057), p > 0.05 antara tahap aktiviti fizikal dengan tahap keseronokan murid sekolah rendah.
CITATION STYLE
Abdul Mana, A. L., & Koh, D. (2022). Tahap Aktiviti Fizikal dan Tahap Keseronokan Murid Sekolah Rendah Ketika Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001468. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1468
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.