Produk Pembiayaan Secara Islam telah mula berkembang pesat dalam arus industri perbankan dan kewangan pada masa ini. Keadaan ini antaranya boleh dilihat melalui pertambahan aset perbankan Islam saban tahun di samping penyertaan lebih banyak institusi yang menawarkan produk secara Islam. Produk pembiayaan perumahan Islam contohnya menampilkan pengaplikasian konsep syariah seperti Murabahah, Bay ‘Bithaman Ajil (BBA), BBA komoditi, Ijarah Thumma Bay‘, Istisna’ dan Musharakah Mutanaqisah (MM). BBA paling banyak digunakan dalam menawarkan produk pembiayaan perumahan secara Islam sementara penggunaan konsep lain seperti MM masih lagi dianggap baru. MM adalah kontrak hibrid berasaskan perkongsian dan diakhiri dengan pemilikan tunggal. Konsep ini mula diaplikasi dalam amalan perbankan di Malaysia selepas tahun 2000. Konsep berasaskan ekuiti adalah sangat digalakkan penggunaanya dalam muamalat Islam berbanding konsep berasaskan hutang seperti BBA. Justeru kajian ini akan menganalisis kelebihan yang terdapat dalam produk berasaskan konsep MM dengan tumpuan kepada produk pembiayaan perumahan yang ditawarkan Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB). Kata kunci: Produk pembiayaan perumahan Islam; Musharakah Mutanaqisah Islamic finance products has grown rapidly in the current banking and financial industry. This situation can be seen by the increasing of Islamic banking assets each year in addition to the participation of more institutions offering Islamic products. Islamic home financing products in Islamic banks use the concepts of Murabahah, Bay ‘Bithaman Ajil (BBA), BBA commodities, Ijarah Thumma Bay ‘, Istisna’ and Musharakah Mutanaqisah (MM). BBA concept is the most mode of financing use in Islamic home financing products, while others use the concept of MM. MM is a hybrid contract–based on partnerships. This concept was applied in banking practice in Malaysia since 2000. The concept of equity–based are very much encouraged to be used in the Islamic muamalat than debt–based concepts such as the BBA. Hence, this study will analyze the advantages of the products based on the concept of MM with a focus on home financing products offered by Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB). Key words: Islamic home financing products; Musharakah Mutanaqisah
CITATION STYLE
Shuib, M. S., Sulaiman@Mohamad, A. A., & Mohamad, M. T. (2011). Pembiayaan Perumahan Secara Islam Di Malaysia: Analisis Kelebihan Produk Berasaskan Musharakah Mutanaqisah Di Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB). Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v55.83
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.