Makalah ini menghuraikan mengenai konflik perkauman yangberlaku selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Polisi pecahdan perintah British telah membawa kepada pembentukanmasyarakat majmuk yang ketiadaaan peluang berinteraksi di TanahMelayu. Peminggiran mengikut zon kemakmuran ekonomi telahmembawa kepada ketidakseimbangan ekonomi dan pengagihankekayaan di antara etnik. Pengunduran tentera Jepun memberikanruang kepada komunis untuk melakukan kezaliman khususnyaketika proses melegitimasikan kuasa mereka. Polarisasi perkaumanyang dimulakan oleh tentera Jepun membawa kepada tercetusnyakonflik perkauman yang melibatkan orang Melayu dan Cina. OrangMelayu yang dizalimi oleh komunis mula bergantung kepadagolongan agamawan dan pemimpin tempatan bagi mempertahankankelangsungan hidup mereka. Golongan ulama mulamemanifestasikan jihad dan sabilillah sebagai tindakan terakhirdalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup mereka. Kajianini menggunakan kaedah sumber lisan dalam memberikangambaran awal terhadap punca tercetusnya konflik perkauman diTanah Melayu. Di samping itu, kaedah penyelidikan kepustakaanserta penelitian ke atas dokumen arkib turut dilakukan. Hasil kajianmendapati bahawa percaturan kuasa British dan Jepunmenyebabkan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di TanahMelayu sekaligus menjadi faktor penyumbang kepada konflikperkauman. Kajian ini turut membuktikan bahawa kolaborasi di kalangan pemimpin-pemimpin tempatan turut menyumbang kepadatercetusnya semangat nasionalisme awal yang lebih bersifat ke arahpembebasan tanahair.
CITATION STYLE
Haniffa, M. A. (2017). KONFLIK KAUM SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU: KAJIAN AWAL BERASASKAN SUMBER LISAN. Jurnal PERADABAN, 10(1), 16–37. https://doi.org/10.22452/peradaban.vol10no1.2
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.