Satu Kajian Proses Memahami Politik Baharu di Malaysia

  • Sivaraman S
  • Awang Pawi A
  • Abdul Rahman Z
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penerimaan rakyat terhadap suatu perkara baharu sudah semestinya memerlukan masa yang tertentu supaya mereka mampu untuk memahaminya secara mendalam. Begitu juga  dengan politik baharu ini. Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan satu saluran yang diberikan kepada rakyat untuk menunaikan tanggungjawab menerusi proses mengundi dan berpeluang untuk memilih wakil rakyat. Walau bagaimanapun, politik baharu ini merupakan satu proses yang berterusan dengan langkah-langkah tertentu. Rakyat juga perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat berkaitan proses politik baharu tersebut. Justeru, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk mengkaji tentang proses politik baharu ini. Kaedah yang akan digunakan dalam penulisan ini ialah kaedah kualitatif secara sepenuhnya iaitu melalui pembacaan jurnal, temu bual,  bahan bercetak dan laman sesawang yang tertentu. Dapatan kajian mendapati bahawa sebelum menilai politik baharu ini, rakyat Malaysia perlu mengetahui maklumat tentang apa, bila, bagaimana, dan mengapa politik baharu ini wujud agar dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan proses politik negara. Keputusan PRU setiap lima tahun menunjukkan bahawa ilmu politik bersifat dinamik dan perubahan dapat dilakukan oleh rakyat jika mereka mengetahui maklumat penting sepenuhnya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sivaraman, S. K., Awang Pawi, A. A., & Abdul Rahman, Z. (2022). Satu Kajian Proses Memahami Politik Baharu di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(12), e001835. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.1835

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free