Penulisan ini memperhalkan tentang pembangunan modal insan yang menjadi teras kearah melahirkan insan berkualiti dalam adat budaya Melayu selari dengan ajaran Islam yang sangat menitikberatkan aspek kualiti dalam kehidupan bermasyarakat. Agenda modal insan ini merupakan suatu usaha menyediakan pendokong atau pelaksana yang berkualiti dalam melaksanakan segala program pembangunan yang dirancang dan seterusnya dimanfaatkan oleh masyarakat. Dalam agenda pembangunan masyarakat yang berteraskan al-Quran dan alSunnah, terdapat tiga ajaran iaitu akidah, syariah dan akhlak. Gabung-jalin daripada tiga elemen ini akan membentuk satu gagasan yang tersusun bagi pembentukan budaya Melayu yang kuat, mantap, berguna dan terbaik. Orang-orang Melayu amat menekankan kepada budi bahasa dan tatasusila. Perlakuan yang berlandaskan kepada keperluan ini dapat memenuhi nilai-nilai yang dikehendaki secara tradisi yang jelas selari dengan nilai-nilai modal insan dalam adat dan budaya Melayu yang berteraskan agama Islam.
CITATION STYLE
Wahid, A. (2017). Pembangunan Teras Modal Insan dalam Adat Budaya Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 12, 11–17. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol12.2.2017
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.