Gejala Al-Sukhriyyah Dalam Media Sosial: Analisis Menurut Perspektif Islam

  • Meerangani K
  • Abdul Hamid M
  • Ibrahim A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
28Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Malaysia merupakan negara ke-9 yang mencatatkan penggunaan media sosial paling aktif di dunia iaitu hampir 80% daripada keseluruhan rakyatnya. Penggunaan secara meluas ini mendedahkan setiap individu kepada pelanggaran etika dan moral yang akhirnya boleh membawa kepada jenayah buli siber. Amalan al-sukhriyyah atau persendaan merupakan salah satu bentuk gejala buli siber yang semakin berleluasa. Perbuatan ini semakin menjadi budaya dalam kalangan netizen dengan menjadikan seseorang individu sebagai bahan sendaan dan gurauan bertujuan meraih perhatian dan keseronokan di media sosial. Oleh itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memantau kesalahan-kesalahan yang wujud di media sosial terutamanya membabitkan medium siber. Kajian ini bertujuan mengenalpasti bentuk-bentuk al-sukhriyyah yang wujud dalam media sosial masa kini serta menganalisis kedudukan perbuatan ini menurut perspektif hukum Islam. Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis teks-teks al-Quran dan Hadis serta perbahasan para sarjana Muslim berkaitan pengamalan al-sukhriyyah. Selain itu, kaedah analisis kandungan juga dilakukan terhadap beberapa media sosial bagi meneliti pengamalan al-sukhriyyah yang wujud pada masa kini. Perbuatan al-sukhriyyah meskipun mendatangkan keseronokan dan hiburan kepada para pelakunya namun merupakan perbuatan yang dilarang oleh Islam tanpa mengambil kira latar belakang mangsa. Pengguna media sosial perlu mengutamakan adab dan etika yang baik dalam komunikasi yang berlaku bagi mengekalkan keharmonian sesama mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Meerangani, K. A., Abdul Hamid, M. F., Ibrahim, A. F., Mat Johar, M. H., & Badhrulhisham, A. (2022). Gejala Al-Sukhriyyah Dalam Media Sosial: Analisis Menurut Perspektif Islam. Sains Insani, 49–55. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.volno.446

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free