Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan reka bentuk kurikulum dengan mencari perbezaan antara Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (KSSR Semakan) Malaysia dan Kurikulum ICCLE (Semakan) China iaitu International Curriculum for Chinese Language Education. Pendekatan kajian ini adalah berbentuk kualitatif jenis kajian kes. Data primer terdiri daripada dokumen rasmi yang diakses melalui laman web pendidikan kedua-dua negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa reka bentuk kurikulum antara Kurikulum BCSK dengan Kurikulum ICCLE adalah amat berbeza dari segi matlamat, objektif, kerangka, struktur, prinsip, fokus, sasaran, dan tahap pembahagian. Reka bentuk bagi kedua-dua kurikulum tersebut adalah memenuhi prinsip penggubalan kurikulum pengajaran bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Walau bagaimanapun, reka bentuk Kurikulum ICCLE mempunyai skop yang lebih luas dan menetapkan tahap pembelajaran yang lebih tinggi berbanding dengan Kurikulum BCSK.
CITATION STYLE
Li, C. O., & Hoon, N. M. (2022). Perbandingan antara Reka Bentuk Kurikulum Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di Malaysia dengan Kurikulum ICCLE China. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(12), e002020. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.2020
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.