Kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Sarawak : Satu tinjauan awal

  • Meor Osman W
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Masyarakat Melayu Sarawak merupakan salah satu sub-etnik terbesar di Sarawak. Masyarakat ini bertutur dalam dialek Melayu Sarawak yang mempunyai variasi mengikut daerah atau kawasan geografi masing-masing. Dalam era modenisasi yang dipayungi oleh kepelbagaian etnik dilihat terdapat kosa kata dialek Melayu Sarawak yang mulai ditinggalkan oleh generasi muda. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Melayu Sarawak. Kajian ini memanfaatkan soal selidik yang mengandungi 10 kata sifat yang diberikan kepada 100 orang responden untuk melihat sama ada mereka memahami makna dalam bahasa Melayu Standard. Dapatan mendapati bahawa kebanyakan responden tidak memahami sebilangan besar makna kata sifat (misalnya ganjo, dumba-dumba, puro), dan sebahagiannya pula memberikan maksud yang salah untuk kata sifat yang diberikan (misalnya, acar, bengak, langa). Justeru, penggunaan kata tradisi yang semakin terhakis dan asimilasi terhadap bahasa Melayu standard akan mengurangkan kelestarian dan penggunaan kosa kata tradisi ini dalam interaksi sosial dalam kalangan generasi muda Melayu Sarawak.

Cite

CITATION STYLE

APA

Meor Osman, W. R. (2013). Kekeliruan makna kata sifat dalam kalangan remaja Sarawak : Satu tinjauan awal. Issues in Language Studies, 2(2). https://doi.org/10.33736/ils.1674.2013

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free