Kesan Model Polya Dalam Pembelajaran Algoritma Dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes

  • Mohd Adnan Z
  • Hamid J
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Keputusan yang cemerlang penting untuk pelajar matrikulasi dan memberi peluang yang lebih baik dalam pemilihan bidang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Namun, penguasaan kemahiran penyelesaian masalah yang lemah dalam pengaturcaraan menyebabkan pelajar sukar mendapatkan keputusan yang baik. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan model penyelesaian masalah Polya dalam pembelajaran algoritma pengaturcaraan dalam kalangan pelajar matrikulasi. Metodologi kajian yang digunakan adalah eksperimen kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara dengan ujian pra dan ujian pasca. Seramai 30 orang sampel daripada jurusan Sains Modul Dua, Program Satu Tahun Kolej Matrikulasi Johor dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak kebarangkalian; 15 pelajar kumpulan kawalan dan 15 pelajar kumpulan rawatan. Eksperimen dilaksanakan selama tujuh minggu dan instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada enam soalan subjektif.  Data di analisis menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) bagi mendapatkan data deskriptif iaitu min, peratus, kekerapan, sisihan piawai dan data inferens melalui ujian-t. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan berbanding pencapaian kumpulan kawalan. Ini menunjukkan kaedah adaptasi Model Polya yang digunakan dalam pembelajaran algortima pengaturcaraan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa adaptasi Model Polya sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran algoritma khususnya dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Adnan, Z., & Hamid, J. (2020). Kesan Model Polya Dalam Pembelajaran Algoritma Dalam Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes. Journal of Humanities and Social Sciences, 2(3), 88–92. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0203.140

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free