Pertimbangan moral dan motivasi pelajar dalam Pendidikan Moral

  • Appalanaidu S
N/ACitations
Citations of this article
56Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini menyiasat tahap pertimbangan moral, dan bentuk motivasi pelajar Pendidikan Moral (PM) di sekolah menengah dengan melibatkan sampel seramai 1104 pelajar PM berumur 14 hingga 16 tahun. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa lebih separuh (53.4%) pelajar PM berada pada tahap pertimbangan moral yang tidak matang (M = 273.00, S.P. = 31.44) dan selebihnya berada pada tahap matang. Didapati juga pelajar perempuan mempunyai pertimbangan moral yang tinggi berbanding pelajar lelaki dengan perbezaan signifikan (t (1102) = -2.785, p < 0.01). Sementara itu, wujud perbezaan pertimbangan moral (F (2, 1101) = 4.205, p = 0.015) antara pelajar berumur 14 dengan 16 tahun. Motivasi (F (2, 1101) =11.69, p = 0.00) juga mempunyai perbezaan signifikan antara pelajar berumur 14 dengan 16 tahun. Berkaitan dengam motivasi pelajar dalam PM, terdapat hubungan signifikan antara pertimbangan moral dengan bentuk motivasi amotivation, external, introjected dan identified. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa walaupun PM berperanan untuk meningkatkan pertimbangan moral pelajar tetapi pelajar masih rendah dari segi pencapaian pertimbangan moral dan motivasi. Ini membawa implikasi bahawa lebih perhatian harus diberikan kepada PM untuk memantapkan lagi pertimbangan moral pelajar dan juga keperluan motivasi dalam mempelajari PM. Kata

Cite

CITATION STYLE

APA

Appalanaidu, S. R. (2018). Pertimbangan moral dan motivasi pelajar dalam Pendidikan Moral. Journal Of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 8(2), 53–70. https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol8.no2.6.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free