Ketagihan Permainan Video dan Tingkah Laku Agresif dalam kalangan Pelajar Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  • Ginsos E
  • Amat S
N/ACitations
Citations of this article
32Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap ketagihan permainan video dan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini telah dijalankan di Daerah Kota Belud Sabah dan melibatkan lima buah sekolah menengah. Seramai 200 pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data adalah soal selidik Ujian Gangguan Internet (Ujian IGD-20) (Pontes et al., 2014) dan soal selidik Aggressionn Questionnaire (Buss & Perry, 1992). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Min masa bermain game sehari pelajar adalah 2 jam 1 minit kurang daripada 4 jam. Min tahap ketagihan permainan video pelajar adalah 2.21 dan min tahap tingkah laku agresif pelajar adalah 2.02.Analisis juga melaporkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ketagihan permainan video dan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini diharapkan dapat membantu memberi kesedaran mengenai risiko ketagihan permainan video terhadap kesihatan mental. Kajian juga mengharapkan agar kajian berkaitan tajuk ini lebih banyak dan lebih mendalam pada masa akan datang.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ginsos, E., & Amat, S. (2022). Ketagihan Permainan Video dan Tingkah Laku Agresif dalam kalangan Pelajar Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001507. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1507

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free