Tinjauan Sistematik Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Jigsaw Dalam Penulisan Bahasa

  • TEE Y
  • AMRAN M
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembelajaran koperatif Jigsaw merupakan salah satu amalan pedagogi yang mementingkan komponen sosialisasi dan budaya perkongsian ilmu sesama pelajar. Melalui budaya kerjasama, pelajar dapat mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diatasi secara bersendirian. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau secara sistematik berkaitan pembelajaran kaedah Jigsaw dalam penulisan bahasa. Tinjauan sistematik ini melibatkan analisis secara induktif dengan pencarian sebanyak 19 buah artikel dan jurnal yang berimpak tinggi melalui enjin pencarian Educational Resources Information Centre (ERIC), Researchgate, Google Scholar, Springerlink, ScienceDirect dan Scopus. Pencarian adalah dengan menggunakan kata kunci seperti teknik Jigsaw, Jigsaw classroom dan pembelajaran penulisan Jigsaw. Kajian ini membuat tinjauan tentang instrumen yang digunakan dalam kajian penulisan Jigsaw dan implikasi pengajaran koperatif Jigsaw. Dapatan tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan kajian menggunakan instrumen soal selidik dan ujian sebagai skala pengukuran motivasi penulisan, kreativiti dalam penulisan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran penulisan Jigsaw. Hasil tinjauan juga mengenalpasti bahawa kaedah koperatif Jigsaw membawa implikasi positif terhadap pembelajaran penulisan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini memberi gambaran kepada pengkaji lain bahawa kaedah Jigsaw sesuai dijadikan sebagai alat pengukur dalam bidang pendidikan.

Cite

CITATION STYLE

APA

TEE, Y. H., & AMRAN, M. S. (2021). Tinjauan Sistematik Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Jigsaw Dalam Penulisan Bahasa. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.280

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free