Konflik Antara Sultan Mahmud Syah dengan Bendahara Seri Maharaja Tun Muzahir dan Kejatuhan Kota Melaka 1511

  • Arifin A
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini menilai semula dakwaan sesetengah sarjana yang menghubungkaitkan kejatuhan Melaka pada 1511 dengan kekejaman dan kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1481 – 1528). Dalam tulisan kajian terdahulu, Sultan Mahmud Syah digambarkan sebagai pemerintah yang sangat kejam dan berkuasa mutlak. Antara kekejaman utama beliau termasuklah melaksanakan hukuman mati terhadap beberapa individu, terutamanya Bendahara Tun Muzahir dan keluarganya. Tindakan itu didakwa kerana perasaan cemburu raja terhadap keputusan Bendahara untuk mengahwinkan puterinya Tun Fatimah dengan sepupunya Tun Ali, tanpa menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda terlebih dahulu. “Pembunuhan” itu dikatakan telah memberikan kesan yang buruk kepada kestabilan politik Melaka yang membolehkan Portugis menawan Melaka pada 1511. Dengan mengkaji semula konflik Sultan Mahmud Syah-Tun Muzahir dan kejatuhan Melaka seperti yang diterangkan dalam teks Sulalat-us-Salatin, sumber Portugis dan sekunder, kajian ini cuba menilai semula kebenaran dakwaan tersebut. Kajian ini menyarankan bahawa tindakan Sultan Mahmud Syah menghukum Bendahara Tun Muzahir yang lemah dan korup adalah tindakan yang wajar dan satu proses penyucian politik yang menyelamatkan Melaka daripada mengalami kerosakan yang lebih besar. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kejatuhan Melaka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pelaksanaan hukuman terhadap Tun Muzahir, sebaliknya, menjelaskan bahawa kejatuhan Melaka sebahagian besarnya berpunca daripada pengkhianatan asing, yang mengambil kesempatan daripada kelemahan pentadbiran Tun Muzahir untuk bersubahat dengan Portugis bagi menawan Kota Melaka pada 1511.

Cite

CITATION STYLE

APA

Arifin, A. (2020). Konflik Antara Sultan Mahmud Syah dengan Bendahara Seri Maharaja Tun Muzahir dan Kejatuhan Kota Melaka 1511. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(1), 25–62. https://doi.org/10.37052/jm.13(1)no2

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free