Ilmu hadith melalui proses perkembangan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga kini. Di sebalik kepesatan itu, terdapat ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang menduduki pelbagai posisi dalam ilmu hadith, sama ada sebagai perawi hadith (ruwāt), pengkritik hadith (nuqqād), penyusun karya hadith (muṣannif), dan sebagainya. Biografi, jasa dan sumbangan mereka direkodkan secara terperinci dalam pelbagai jenis karya sepanjang zaman, termasuk dalam kajian di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tesis dan disertasi yang dihasilkan berkaitan tokoh ulama hadith oleh para calon pascasiswazah dalam bidang hadith berdasarkan analisis bibliometrik. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kajian secara kualitatif bertemakan kajian kepustakaan. Data-data dikumpulkan daripada sumber dokumen seperti tesis, disertasi dan artikel ilmiah, khususnya daripada laman sesawang Malaysian Theses Online (MyTO). Hasil analisis menunjukkan bahawa sejak tahun 1974 sehingga kini, keseluruhan tesis dan disertasi tentang tokoh ulama hadith yang dihasilkan berjumlah 38 buah kajian. Terdapat 10 buah kajian di peringkat ijazah kedoktoran sementara selebihnya, 28 buah kajian di peringkat sarjana. Kesimpulannya, kajian tentang ketokohan ulama hadis perlu dipergiatkan sebagai suatu tanda apresiasi terhadap sumbangan mereka kepada bidang hadith.
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.
CITATION STYLE
NASIR, K. (2023). Analisis Bibliometrik Tesis dan Disertasi Tentang Ulama Hadith Dalam Kajian Pascasiswazah Di Malaysia. HADIS, 13(26), 71–85. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i26.192