Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah dimana ianya berpunca daripada guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan juga ibu bapa dimana mereka banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Masalah ponteng tidak boleh dipandang remeh kerana kemungkinan pelajar yang ponteng akan dipergunakan oleh anasir-anasir negatif untuk melakukan sesuatu yang membahayakan masyarakat. Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng. Objektif kajian ini iaitu untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang menyebabkan pelajar mengambil tindakan untuk tidak hadir ke sekolah atau dipanggil ponteng, untuk mengenal pasti kekerapan pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah, mengetahui dengan lebih terperinci cara-cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah, dan mendedahkan kesan dan akibat yang akan diterima akibat daripada gelaja ponteng sekolah. Dapatan kajian dari hasil temu bual, faktor ibu bapa ialah faktor yang utama sekali dalam mengawal anak – anak mereka. Termasuk guru juga, sebagai pembimbing pelajar – pelajar di sekolah dalam membantu berkaitan tentang pelajaran mahupun masalah keluarga yang dihadapi oleh pelajar tersebut.
CITATION STYLE
Lukman Hakim bin Mohamad Amin. (2019). Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(1), 51–64. https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0201.22
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.