Penilaian Instrumen Kualiti Hidup Perumahan Awam Bagi Miskin Bandar Menggunakan Kaedah Kesahan Kandungan

  • Pitting Z
  • Mohd Radzi M
N/ACitations
Citations of this article
12Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kesahan kandungan sesuatu instrumen kajian itu adalah penting bagi memastikan kesesuaian dan kejelasan item dalam instrumen tersebut. Kesahan kandungan kajian ini dibuat menggunakan kaedah penilaian panel pakar menggunakan borang penilaian yang telah disediakan oleh pengkaji. Sebanyak enam orang panel pakar telah dipilih daripada tiga kategori latar belakang berbeza iaitu akademik, jawatan dan pengalaman. Pengukuran kesahan kandungan dibuat menggunakan dua pengukuran iaitu kesahan kandungan bagi setiap item (I-CVI) dan Kesahan kandungan bagi skala keseluruhan (S-CVI/Ave). Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen kajian mempunyai skor kesahan kandungan yang tinggi dengan mencapai skor I-CVI di antara 0.833-1.00 dan juga skor S-CVI/Ave di antara 0.96-1.00. Oleh yang tersebut, dapat disimpulkan bahawa instrumen kajian yang dibentuk mempunyai kesahan kandungan yang baik. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan awalan dalam perbincangan khususnya yang melibatkan perumahan awam bagi miskin bandar agar perumahan awam yang lebih kondusif dan baik dapat disediakan kepada golongan sasar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Pitting, Z., & Mohd Radzi, M. (2022). Penilaian Instrumen Kualiti Hidup Perumahan Awam Bagi Miskin Bandar Menggunakan Kaedah Kesahan Kandungan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001467. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1467

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free