Perluasan Konsep Mariga: Analisis Teori Semantik Ranah

  • Yusuff E
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan penggunaan leksis sukuan peribumi Sabah dalam Korpus Novel Bahasa Sukuan (KNBS). Hubungan penggunaan leksis ini bukanlah sewenang-wenangnya tetapi dimotivasikan oleh sistem kognitif manusia. Sumber data yang dimanfaatkan ialah KNBS yang dibangunkan menerusi peranti AntConc 4.2.3w. Data korpus tersebut terdiri daripada enam buah novel yang berlatarkan masyarakat peribumi Sabah, iaitu novel Bagaton dan Mariga karya Amil Jaya, manakala novel Dukanya Abadi, Kukui, Dari dalam Cermin, dan Debur Menerpa merupakan hasil karya Azmah Nordin. Sebanyak 465 leksis sukuan telah dikenal pasti digunakan dalam data korpus. Berdasarkan kekerapan tersebut, penggunaan leksis sukuan mariga muncul sebanyak 42 kali. Hal ini dapat mencitrakan budaya masyarakat penutur dalam data yang dikaji. Analisis dijalankan menggunakan teori Semantik Ranah yang dipelopori oleh Fillmore (1982). Dapatan kajian menunjukkan bahawa leksis sukuan mariga memiliki latar dan motivasi yang mengikat hubungan antara leksis bahasa Melayu. Pengekalan leksis sukuan mariga dalam KNBS dapat menjelaskan wujudnya motivasi, potensi dan reputasi leksis sukuan mariga.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yusuff, E., Sarudin, A., Zaini, M. F., Mohamed Redzwan, H. F., & Osman, Z. (2021). Perluasan Konsep Mariga: Analisis Teori Semantik Ranah. Jurnal Bahasa, 21(1), 105–128. https://doi.org/10.37052/jb21(1)no6

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free