Kertas ini mengkaji usaha dan sumbangan Sir Sayyid Ahmad Khan dalam mempelopori gerakan islah dan pembaharuan di Aligarh Muslim Universiti. Ia menyorot sejarah awal perjuangan beliau dalam menubuhkan Aligarh bagi mencetuskan kebangkitan akliah dan menggerakkan usaha modernisasi pendidikan Islam. Metodologi kajian adalah berdasarkan kaedah induktif, dan deduktif dengan menganalisis penulisan tentang Sir Sayyid dan pemikirannya serta sumbangannya dalam pembangunan Aligarh dan cuba merumuskan pandangan dan sumbangan yang diberikan dari perjuangan dan gerakan intelektual ini kepada pembaharuan dan kebangkitan Islam. Kajian ini penting bagi melihat pengaruh dan kesan daripada perjuangan Sir Sayyid Ahmad Khan dalam menegakkan perubahan dan membawa kesedaran dan faham rasionalisme Islam yang meluas. Aspirasi ini diteruskan dalam dasar pendidikan tinggi di Aligarh dan dunia Islam lain bagi mengangkat nilai kemodenan dan sains dalam harakat pendidikan dan pemikiran Islam moden.
CITATION STYLE
Amir, A. N. (2020). Sir Sayyid Ahmad Khan dan Gerakan Pembaharuan di Aligarh. El-Buhuth: Borneo Journal of Islamic Studies, 2(2), 133–142. https://doi.org/10.21093/el-buhuth.v2i2.2288
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.