Hubungan Kemahiran Insaniah dengan Kebolehgajian Pelajar TVET

  • Bin Ali R
N/ACitations
Citations of this article
49Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar TVET,  Politeknik Kota Kinabalu Sabah (PKK) di samping untuk mengenal pasti perbezaan yang signifikan secara statistik berdasarkan jantina terhadap penguasaaan kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.  Objektif ketiga kajian adalah untuk menentukan hubungan di antara kemahiran insaniah dengan kebolehgajian pelajar TVET PKK.  Seramai 103 orang pelajar telah dipilih melalui persampelan rawak mudah bertujuan  (purposive random samping) bagi mewakili populasi iaitu 150 orang pelajar sesi 1:2021/2022 yang telah menjalani latihan industri di seluruh Sabah sebagai responden kajian.  Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 27.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (ujian korelasi). Darjah kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) bagi keseluruhan kemahiran insaniah adalah 0.868 manakala kebolehgajian pelajar adalah 0.897.  Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap kemahiran insaniah  dan kebolehgajian pelajar TVET PKK adalah sederhana. Analisis korelasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran insaniah dengan kebolehgajian pelajar TVET PKK Sabah. Kajian ini memberi impak kepada pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam menambahbaik dan memperkasakan kurikulum pengajian agar seiring dengan keperluan industri.

Cite

CITATION STYLE

APA

Bin Ali, R. (2023). Hubungan Kemahiran Insaniah dengan Kebolehgajian Pelajar TVET. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11(1), 13–22. https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4277

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free