Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sering menghadapi masalah dalam mata pelajaran matematik terutamanya dalam tajuk bahagi. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif bagi mencuba pelbagai kaedah untuk membantu MBPK mengatasi masalah ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau Keberkesanan Pendekatan Kaedah Tulang Ikan Dalam Tajuk Bahagi Bagi MBPK Tingkatan Dua. Terdapat empat orang peserta bagi dalam kajian ini. Peserta merupakan MBPK Tingkatan Dua yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) yang bersekolah di SMK Tobiar, Pendang, Kedah. Metodologi kajian ini menggunakan Kajian Tindakan yang mengaplikasikan Model Kemmis & McTaggart (1988). Pendekatan ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk membandingkan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Soal selidik juga digunakan untuk mengumpul pandangan responden terhadap kaedah Tulang Ikan yang digunakan guru. Dapatan kajian menunjukkan kaedah Tulang Ikan berupaya meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam tajuk bahagi subjek matematik. Hasil daripada analisis data dalam ujian pra dan ujian pasca mendapati empat orang responden kajian ini mempunyai peningkatan dalam pemahaman konsep bahagi.
CITATION STYLE
Husni, S. N. H. (2023). The Pendekatan Kaedah Tulang Ikan dalam Tajuk Bahagi bagi MBPK Tingkatan Dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002070. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2070
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.