TRANSISI EKONOMI DALAM MASYARAKAT MELAYU: EKONOMI WANG ERA PERMULAAN KAPITALISME DI TANAH MELAYU

  • Tang Abdullah A
N/ACitations
Citations of this article
55Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Makalah ini membincangkan perkembangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu setelah berlakunya proses perubahan ekonomi yang berorientasikan ekonomi kapitalisme pada pertengahan kedua abad ke-19 dan pertengahan pertama abad ke-20. Dalam konteks sejarah pada tempoh tersebut, unsur utama alam perubahan orientasi daripada ekonomi sara diri kepada komersialisme ialah surplus atau lebihan yang dimanifestasikan sebagai ekonomi wang yang mula menular dalam masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Oleh hal yang demikian, makalah ini akan menumpukan aspek tersebut, didahului dengan perbincangan berkaitan dengan marginalisasi ekonomi wang dalam zaman pra-kapitalisme. Ia kemudiannya akan dituruti dengan isu berkaitan kewangan dalam proses perubahan ekonomi yang diaplikasikan kepada guna tenaga buruh, orientasi tanaman komersial dan kemudahan kredit pertanian. Aspek terakhir yang dibincangkan di sini ialah dilema dan dinamisme dalam ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Tang Abdullah, A. R. (2018). TRANSISI EKONOMI DALAM MASYARAKAT MELAYU: EKONOMI WANG ERA PERMULAAN KAPITALISME DI TANAH MELAYU. Jurnal Kinabalu. https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.860

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free