Application of biotechnology in the production of pharmaceutical products is growing rapidly. It gives a positive impact on the development of the industry involved. The pharmaceutical products produced by mixing the active ingredient, the chemical complex and involve the use of animals and plants widely. However, various issues arise in the process of halal pharmaceutical products when it involves the pork and its derivatives. This study is qualitative which adopts library research as well as field research. The gathered data is analyzed from Sharia perspective by using some instruments especially the principle of Maqasid of Sharia.this study shown the source of Islamic law must be decided through ijtihad from scholars in presenting solutions to problems that arise. The halal status of pharmaceutical products depends on the source of the raw material, additives in the processing and logistics process. The concept of Istihalah and the concept of dharurah is identified in determining the need for the use of pharmaceutical products that are doubtful of its halal status. Thus, the whole supply chain of production of pharmaceutical products must be well managed in accordance to the halal standard. Aplikasi bioteknologi dalam bidang penghasilan produk farmaseutikal semakin berkembang dengan pesat. Ia memberi impak yang positif kepada perkembangan industri terlibat. Produk farmaseutikal dihasilkan melalui pelbagai percampuran bahan aktif, bahan kimia kompleks serta melibatkan sumber berasaskan haiwan dan tumbuhan secara meluas. Namun, pelbagai isu hukum timbul dalam proses penghasilan produk – produk ini apabila ianya melibatkan sumber berasaskan khinzir dan derivatifnya. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan serta penyelidikan lapangan. Data yang dikumpulkan dianalisis dari perspektif Syariah dengan menggunakan beberapa instrumen terutama prinsip Maqasid Syariah. Kajian ini menunjukkan sumber hukum perlu diputuskan melalui usaha ijtihad para cendekiawan dalam memberikan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul. Dalam penentuan halal produk farmaseutikal ia perlu melihat kepada sumber bahan asas, bahan tambahan dalam pemprosesan dan proses logistik dalam rantaian bekalan produk terlibat. Konsep isihalah dan konsep dharurah dikenalpasti di dalam menentukan keperluan penggunaan produk farmaseutikal yang diragui status halalnya. Oleh yang demikian, rantaian bekalan keseluruhan produk farmaseutikal mesti diuruskan dengan baik mengikut standard halal.
CITATION STYLE
Othman Jaludin, R., Man, S., & Baharuddin, M. (2018). [Halal Issues in Biotechnology Applications Against Selected Pharmaceutical Products] Isu-Isu Halal dalam Aplikasi Bioteknologi Terhadap Produk Farmaseutikal Terpilih. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 19, 74–90. https://doi.org/10.37231/jimk.2018.19.0.284
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.