Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap salah laku disiplin sampel di sekolah lokasi bandar dan luar bandar di Kedah yang dipilih secara rawak bertujuan. Sampel terdiri daripada 542 orang. Data dikumpul menggunakan Instrumen Remaja Salah Laku Disiplin (IRSLD). Nilai kesahan dan kebolehpercayaan IRSLD salah laku disiplin dengan nilai alpha .92. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap salah laku pelajar bandar dan luar bandar di Kedah berada pada tahap sederhana tinggi diikuti ringan dan berat. Pelajar lelaki lebih tinggi terlibat dengan salah laku disiplin berbanding perempuan. Manakala lokasi luar bandar lebih tinggi terlibat dengan salah laku disiplin berbanding dengan sampel perempuan.
CITATION STYLE
Ishak, Z. A., Bistamam, M. N., & Saper, M. N. (2017). Tahap Salah Laku Disiplin Pelajar Sekolah-Sekolah Negeri Kedah. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 3(1), 41–50. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol3.1.5.2017
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.