Pengaruh Faktor Keluarga Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah

  • Manukaram K
  • Yen Abdullah M
  • Hasan S
N/ACitations
Citations of this article
60Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan – Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor keluarga dari segi gaya asuhan ibu bapa, suasana pembelajaran keluarga dan penglibatan keluarga dalam pembentukan kemahiran pembelajaran regulasi kendiri.   Metodologi – Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap 639 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 dari 10 buah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Teknik persampelan kelompok telah digunakan untuk memilih sampel tersebut. Kemahiran pembelajaran regulasi kendiri murid telah diukur dengan komponen kemahiran belajar dalam Motivated Strategies for Learning Questionnaire(MSLQ) manakala faktor keluarga diukur dengan Parental AuthorityQuestionnaire, Family Environment Scale dan Perseption of ParentsScales (POPS).   Dapatan – Dapatan menunjukkan korelasi antara pembelajaran regulasi kendiri dengan dua faktor keluarga iaitu penyertaan ibu bapa dan orientasi pencapaian keluarga adalah positif dan berkekuatan sederhana. Pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah hanya mempunyai hubungan yang signifi kan dengan gaya asuhan autoritatif dan autoritarian. Namun, hubungan antara variabel-variabel ini adalah lemah. Analisis regresi berganda stepwise pula menunjukkan bahawa faktor keluarga adalah peramal pembelajaran regulasi kendiri yang signifi kan iaitu penyertaan ibu bapa, orientasi pencapaian keluarga, sokongan ibu bapa, gaya asuhan tidak responsif dan gaya asuhan autoritatif. Secara keseluruhannya, keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa faktor keluarga menyumbang sebanyak 30.6% (R2=.306) dalam pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah.   Kepentingan – Implikasi pendidikan dapatan kajian telah dibincangkan dalam kajian ini. Penglibatan keluarga, gaya asuhan ibu bapa dan suasana pembelajaran keluarga mempengaruhi pembelajaran regulasi kendiri. Faktor keluarga dapat membentuk murid yang mengawal atur strategi pembelajaran sejak kecil. Jadi, kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai kesedaran tentang kepentingan pembelajaran regulasi kendiri sejak sekolah rendah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Manukaram, K. a/p, Yen Abdullah, M. N. L., & Hasan, S. (2013). Pengaruh Faktor Keluarga Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 10. https://doi.org/10.32890/mjli.10.2013.7659

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free