Imej Tebu dalam Peribahasa Tamil: Analisis Semantik Inkuisitif(Sugar Cane images in Tamil Proverbs: A Semantic Inquisitive analysis)

  • MURTHY T
  • SUBET M
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Peribahasa dicipta hasil daripada pengamatan masyarakat terhadap keistimewaan alam semula jadi. Peribahasa juga mempunyai makna tersurat dan tersirat. Penggunaannya dapat menggambarkan kehalusan masyrakat berbahasa. Kajian ini dilaksanakan untuk mengesan kewujudan falsafah dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa serta mengesan makna sebenar yang ingin dikemukakan dalam peribahasa masyarakat India. Kerangka teori yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini ialah teori semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian ini ialah kajian kualitatif. Empat orang informan telah ditemu bual dan 25 data telah diperoleh. Dalam artikel ini, tiga data sahaja yang menggunakan imej tumbuhan tebu akan dibincangkan. Kajian mendapati penciptaan peribahasa masyarakat India amat berkait rapat dengan pengamatan mereka terhadap alam sekitar. Didapati juga, wujud maklumat falsafah dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa mereka. Makna sebenar yang dihajati juga dapat dirungkai setelah melalui tiga peringkat analisis dalam kaedah semantik inkuisitif. Akhir sekali, kajian sebegini lebih tinggi kesahannya kerana analisis makna menggunakan teori yang berwibawa. Kajian sebegini dapat menghuraikan makna implisit setiap peribahasa yang dicipta sehinggalah ke akal budi penuturnya.Kata kunci: Peribahasa Tamil, semantik, semantik inkuisitif; falsafah dan akal budi penutur

Cite

CITATION STYLE

APA

MURTHY, T., & SUBET, M. F. (2018). Imej Tebu dalam Peribahasa Tamil: Analisis Semantik Inkuisitif(Sugar Cane images in Tamil Proverbs: A Semantic Inquisitive analysis). Trends in Undergraduate Research, 1(1), f24-29. https://doi.org/10.33736/tur.1176.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free