Islamofobia dalam Filem Barat: Analisis Kritis dalam filem American Sniper dan 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi

  • Wan Mohamad W
  • Siren N
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Mutakhir ini, sifat fobia terhadap Islam telah mencengkam masyarakat Barat yang disebut sebagai ‘Islamofobia’. Islamofobia telah wujud sejak sekian lama namun ia telah meningkat sejak sedekad yang lalu iaitu selepas tragedi serangan 11 September 2001 yang memusnahkan bangunan World Trade Centre di New York, Amerika Syarikat. Umat Islam sering menjadi sasaran musuh terhadap etika agama dan kepercayaan moral dalam agama Islam ditambah dengan ketegangan yang semakin meningkat saat ini di seluruh dunia terutamanya di Barat. Tambahan lagi, rasa benci dan fobia terhadap Islam sering dizahirkan melalui perfileman. Kebanyakan kemunculan filem propaganda anti-Islam ini adalah dari Barat kerana gelombang Islamofobia itu sendiri tercetus dari Barat. Filem dihasilkan seringkali memaparkan sisi gelap terhadap Islam dan penganutnya. Filem berjudul American Snipers dan 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi dikenal pasti menyemai benih-benih Islamofobia melalui paparan sisi gelap terhadap Islam dan penganutnya seperti menampilkan masyarakat Arab sebagai teroris. Filem-filem propaganda anti-Islam ini merupakan masalah kepada percambahan rasa Islamofobia di kalangan masyarakat non-muslim. Islamofobia merupakan salah satu daripada mesej anti-Islam. Oleh demikian, artikel ini akan mengidentifikasi mesej Islamofobia yang diaplikasikan dalam filem American Sniper dan 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi. Kajian ini juga membawa kepada diskusi tentang perspektif Islam terhadap Islamofobia. Hasil analisis data mendapati bahawa filem yang dikaji adalah filem propaganda yang menampilkan propaganda anti-Islam melalui Islamofobia dalam aspek sinematografi dan lakon layar filem sama ada disampaikan secara jelas ataupun tersembunyi. Kata

Cite

CITATION STYLE

APA

Wan Mohamad, W. R. H., & Siren, N. R. (2020). Islamofobia dalam Filem Barat: Analisis Kritis dalam filem American Sniper dan 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi. Journal of Usuluddin, 48(2), 57–94. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol48no2.3

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free