Proses Pendidikan Sumber Kerangka Perpaduan dan Pembinaan Moral Jati Diri Bangsa dalam Konteks Penganalisisan Sosio Politik

  • Musa K
  • Saad N
  • Tamby Chek I
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
49Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pendidikan merupakan penentu kepada pembangunan bangsa dan pembentukan kesatuan sosial. Penekanan kepada proses pendidikan yang berkait dengan kepentingan ideologi dan falsafah negara bangsa, merupakan hakikat yang sewajarnya dilakukan secara bermakna. Pemerkasaan proses pendidikan sewajarnya bersumberkan kepada semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. Perbincangan dilakukan secara konstruktif kontekstual berdasarkan pendekatan sosio-politik-historis dengan meneliti dokumen-dokumen yang menjadi sumber kepada pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara, merangkumi Perlembagaan Negara, Akta Pendidikan 1996, Akta Pengajian Tinggi dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 serta Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan dokumen-dokumen berkaitan dengan dasar sosial negara. Terdapat lima dimensi konstruk yang dijadikan pembolehubah kerangka analisis, iaitu; Pendidikan Vernakular pelbagai budaya, Kerangka dasar idenititi nasional, Bahasa Melayu dalam realiti pendidikan negara, Liberalisme bahasa pendidikan swasta dan Pendidikan pelebaran jurang perpaduan. Proses pendidikan mempunyai impak ke atas perpaduan dan pembinaan moral jati diri bangsa. Pembentukan dasar dan pelaksanaan dasar adalah untuk membentuk secara konstruktif inspirasi nasional, berhubung pemantapan jati diri bangsa. Adanya ketidakpatuhan, berpunca pertentangan di antara hasrat yang didokumen dengan proses politik. Proses pendidikan yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada jati diri bangsa serta pengikat kesatuan sosial telah terdedah kepada unsur manipulasi politik yang menimbulkan pertelagahan sosial. Kesatuan ideologi serta keutuhan kesatuan sosial merupakan teras kepada pembinaan perpaduan serta kemantapan jati diri bangsa. Proses pendidikan seharusnya dilaksanakan dengan mengambil kira aspirasi yang tertulis dalam setiap dokumen yang dizahirkan sebagai kerangka pembentukan dan pelaksanaan dasar negara. Memungkiri keperluan yang diwujudkan, tentunya mempunyai implikasi terhadap usaha membentuk negara bangsa yang berdiri di atas landasan norma yang berpaksikan kekuatan akal budi serta keutuhan keperibadian.

Cite

CITATION STYLE

APA

Musa, K., Saad, N., Tamby Chek, I., & Mahdinezhad, M. (2017). Proses Pendidikan Sumber Kerangka Perpaduan dan Pembinaan Moral Jati Diri Bangsa dalam Konteks Penganalisisan Sosio Politik. Management Research Journal, 6, 59–73. https://doi.org/10.37134/mrj.vol6.6.2017

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free