Hubungan Kepimpinan Transformasi dan Transaksi Terhadap Prestasi Kerja Melebihi Peranan Ahli Pasukan Projek: Analisis Permodelan Pelbagai Tahap

  • Mohd Shokory S
  • Mohd Suradi N
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan gaya kepimpinan pengurus projek terutamanya melalui dua jenis gaya kepimpinan iaitu (transformasi dan transaksi) terhadap prestasi kerja melebihi peranan ahli pasukan projek. Tujuan kedua kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya kepimpinan yang lebih dominan yang menjadi faktor peramal terhadap prestasi kerja melebihi peranan ahli pasukan projek apabila dianalisis secara serentak. Data kajian dikumpul menggunakan pendekatan kajian secara tinjauan keratan rentas dikalangan 185 ahli pasukan projek daripada 37 pasukan projek dan dianalisis menggunakan perisian Permodelan Linear Berhierarki (HLM) versi 7. Apabila analisis dijalankan secara berasingan, hasil analisis kajian mendapati kepimpinan transformasi dan transaksi pengurus projek menunjukkan signifikan yang positif dengan prestasi kerja melebihi peranan ahli pasukan projek. Manakala apabila kedua-dua konstruk dianalisis secara serentak, analisis juga turut menunjukkan kepimpinan transformasi pengurus projek memberi pengaruh yang lebih dominan terhadap prestasi kerja melebihi peranan ahli pasukan projek berbanding kepimpinan transaksi. Kajian ini telah memberikan bukti empirikal bahawa kepimpinan transformasi boleh menggerakkan kepada prestasi kerja melebihi peranan ahli pasukan projek berbanding gaya kepimpinan yang lain.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Shokory, S., & Mohd Suradi, N. R. (2017). Hubungan Kepimpinan Transformasi dan Transaksi Terhadap Prestasi Kerja Melebihi Peranan Ahli Pasukan Projek: Analisis Permodelan Pelbagai Tahap. Management Research Journal, 6, 22–35. https://doi.org/10.37134/mrj.vol6.3.2017

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free