Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik

  • VOON S
  • AMRAN M
N/ACitations
Citations of this article
555Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Matematik dianggap sebagai salah satu subjek yang penting bermula dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi di Malaysia. Pembelajaran dalam Matematik memerlukan murid memahami sesuatu konsep dengan kukuh dan menyeluruh. Kertas konsep ini membincangkan teori Konstruktivisme sebagai satu falsafah pembelajaran yang popular selama beberapa dekad ini. Selain itu, artikel ini juga mengetengahkan senario pendidikan Malaysia yang masih mengamalkan kaedah pengajaran konvensional dalam pembelajaran Matematik. Pembelajaran yang efektif memerlukan guru mengintegrasikan strategi, teknik dan aktiviti yang dapat merangsang kognitif murid mengikut perbezaan individu untuk membina konsep atau pengetahuan baharu dalam pembelajaran. Penerapan teori Konstruktivisme dalam pengajaran Matematik dilihat sangat penting dalam membantu murid bagi membina dan menyesuaikan maklumat baharu untuk diaplikasikan dalam pembelajaran agar lebih dinamik dan responsif. Sejajar dengan keperluan ini, penulis ingin mengulas dengan lebih lanjut tentang implikasi pengaplikasian teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini turut mengutarakan sorotan kajian tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan teori Konstruktivisme dalam konteks pengajaran guru. Artikel ini pada akhirnya menghuraikan dengan lebih lanjut tentang cabaran dan keperluan guru bagi menerapkan teori Konstruktivisme dalam pengajaran agar dapat membantu guru-guru dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan. Melalui perbincangan dalam artikel ini, pengkaji berharap dapat memberi keyakinan dan motivasi kepada guru-guru yang berminat untuk melaksanakan pendekatan Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Cite

CITATION STYLE

APA

VOON, S. H., & AMRAN, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.285

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free