Analisis Appraisal Mengenai Keterlibatan Generasi Muda FELDA dalam Industri Kelapa Sawit

  • Hashim F
  • A. Bakar K
  • Stapa S
N/ACitations
Citations of this article
42Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sebagai penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara Malaysia, industri kelapa sawit telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan perkembangan yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu. Walaupun terdapat usaha yang bersepadu untuk mempromosikan dan mewujudkan kesedaran di kalangan belia sektor ini, kebanyakan golongan muda tidak berminat untuk berkhidmat dalam industri ini, malah memilih untuk bekerja di sektor perkilangan dan runcit. Mengguna pakai Teori Systemic Functional Linguistics Appraisal khususnya sistem Attitude, artikel ini membentangkan analisis linguistik makna interpersonal yang diungkapkan oleh 5 orang belia FELDA ke arah penglibatan industri minyak sawit. Kajian ini meneliti keterlibatan dan minat golongan belia dan bagaimana kekuatan dan kelemahan industri ini ditonjolkan melalui analisis wacana. 5 wawancara dianalisis dan dikodkan dari segi Affect, Judgement dan Appreciation. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana setiap responden menyampaikan penilaian positif dan negatif terhadap industri dan tingkah laku masyarakat FELDA. Dapatan ini juga memaparkan tiga bidang kekuatan dan kelemahan yang melibatkan kemapanan industri dan sumbangan sosio-ekonomi yang penting kepada komuniti FELDA. Walaupun penilaian cenderung kepada nilai positif, kebanyakan responden merasa tidak puas hati terhadap sektor ini.  Mereka menyarankan kaedah baru melalui teknologi dan media sosial untuk menarik minat golongan belia terhadap industri kelapa sawit.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hashim, F., A. Bakar, K., & Stapa, S. H. (2020). Analisis Appraisal Mengenai Keterlibatan Generasi Muda FELDA dalam Industri Kelapa Sawit. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 257–271. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.616

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free